WhatsApp

Whatsapp Messenger adalah app permesejan tersedia untuk Android dan lain-lain telefon pintar. WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda (4G/3G/2G/EDGE or Wi-Fi, yang tersedia) untuk memanggil dan mesej kawan dan keluarga. Tukar daripada SMS kepada WhatsApp untuk menghantar dan menerima mesej, panggilan, foto, video, dan Mesej Suara. Tahun pertama PERCUMA!* (WhatsApp mungkin akan mengenakan bayaran kemudian, harga semasa adalah $0.99 USD/setahun)

KENAPA GUNA WHATSAPP:

• TIADA YURAN TAMBAHAN: WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda (4G/3G/2G/EDGE or Wi-Fi, yang tersedia) untuk memanggil dan mesej rakan dan keluarga, jadi anda tidak perlu membayar bagi setiap mesej atau panggilan.*

• MULTIMEDIA: Hantar dan terima foto, video, dan Mesej Suara.

• PANGGILAN WHATSAPP: Panggil kawan dan keluarga menggunakan WhatsApp secara percuma, walaupun mereka berada di negara lain. Panggilan WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda bukan pelan minit suara selular anda.* (Nota: anda tidak boleh akses 911 atau lain-lain nombor perkhidmatan kecemasan melalui WhatsApp).

• SEMBANG GRUP: Nikmati sembang grup dengan kenalan anda supaya anda lebih mudah berhubung dengan kawan atau keluarga.

• WEB WHATSAPP: Anda juga boleh menghantar dan menerima mesej WhatsApp terus daripada pelayar komputer anda.

• TIADA CAJ ANTARABANGSA: Tiada caj tambahan bagi menghantar mesej WhatsApp ke seluruh dunia. Sembang dengan kawan anda di seluruh dunia dan elakkan caj SMS antarabangsa.*

• KATAKAN TIDAK KEPADA NAMA PENGGUNA DAN PIN: Mengapa perlu bersusah untuk mengingati nama pengguna dan PIN? WhatsApp berfungsi melalui nombor telefon anda, seperti SMS, dan mengintegrasikan secara terus dengan buku alamat yang tersedia pada telefon anda.

• SENTIASA LOG MASUK: Dengan WhatsApp, anda sentiasa dilog masuk supaya anda tidak terlepas mesej-mesej. Tiada lagi kekeliruan sama ada anda sudah log masuk atau log keluar.

• SAMBUNGAN PANTAS DENGAN KENALAN: Buku alamat anda digunakan bagi mempercepat dan memudahkan anda menghubungkan kenalan yang mempunyai WhatsApp supaya tidak perlu lagi menambah kesukaran mengingati nama pengguna.

• MESEJ LUAR TALIAN: Walaupun anda terlepas notifikasi atau telefon dimatikan, WhatsApp akan menyimpan mesej terkini sehingga anda menggunakan app ini.

• DAN BANYAK LAGI: Kongsi lokasi anda, tukar kenalan, tetapkan kertas dinding dan bunyi notifikasi tersuai, emel sejarah sembang, siarkan mesej kepada banyak kenalan sekaligus, dan banyak lagi!

*Caj data mungkin dikenakan. Hubungi pembekal anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

———————————————————
Kami sentiasa teruja untuk dihubungi oleh anda! Jika anda ada maklum balas, pertanyaan, atau kemusykilan, sila emel kepada kami di:

android-support@whatsapp.com

atau ikuti kami di twitter:

http://twitter.com/WhatsApp
@WhatsApp
———————————————————

Pembangun
WhatsApp Inc.
Kategori
Komunikasi
Kemas Kini Terakhir
13 Disember 2016
4.4/5 ( 49,243,997 )

Nota Kemas Kini

• Main video dengan segera tanpa menunggu untuk dimuat turun dahulu. Video tetap dimuat turun ke telefon anda semasa video dimainkan. (Android 4.1+ dan hanya berfungsi dengan video yang dihantar daripada versi terkini apl Android)

• Memperkenalkan panggilan video WhatsApp. Dengan panggilan video percuma, anda boleh bersembang secara bersemuka dengan rakan-rakan dan keluarga anda di seluruh dunia. Caj data mungkin dikenakan. (memerlukan Android 4.1+)

Taipkan mesej seperti yang tidak pernah dialami menggunakan keyboard PC anda!

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi mesej terbaik masa kini. Ia membolehkan anda berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan anda, kumpulan besar, menghantar imej, dan semua secara PERCUMA selama setahun! Kini anda boleh menggunakan WhatsApp terus pada PC anda!