Genshin Impact oleh miHoYo Limited ialah sebuah permainan game aksi pengembaraan dan fantasi yang menerokai planet jauh yang dikuasai oleh Tujuh Dewa elemen.
Dunia penuh magis dan misteri ini bersedia untuk diterokai oleh anda, dipenuhi dengan karakter hebat dan makhluk berkuasa. Bersedialah untuk merasai pengembaraan menakjubkan, ianya akan muncul di iOS, Android dan PC.
Nikmati pemandangan vista yang mengagumkan, landskap berwarna-warni dan kaya melalui dunia terbuka dan luas di dalam Genshin Impact. Apabila kuasa masa lalu yang tidak diketahui aktif semula, ianya terserah kepada anda dan adik-beradik untuk mencari kebenaran di sebalik misteri ini dan menyelamatkan Teyvat dari kemusnahan.
Cuba bermain sistem kombat yang dinamik di dalam permainan lakon peranan yang menyeronokkan ini. Kuasai elemen dan gabungkan kemahiran serta kemampuan anda untuk menghancurkan apa sahaja yang menghalang perjalanan anda.
Setiap musuh mempunyai kelemahannya yang tersendiri, cuba elakkan kemusnahan besar dengan memilih langkah yang betul. Tugasnya tidak mudah; bentuk pasukan dengan rakan anda untuk menghalang ancaman dalam mod Ko-Op yang istimewa.
Cabar makhluk besar dan menakutkan dan bawa pulang ganjaran berharga yang sukar ditemui. Ia akan meningkatkan kuasa anda bagi pertempuran yang seterusnya.