Mist Forest merupakan permainan lakon peranan RPG yang dibangunkan oleh Netease Games Global. Pemain aplikasi BlueStacks ialah platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda bagi pengalaman permainan yang lebih sempurna.
Anda sukakan permainan RPG yang menyediakan ribuan cabaran harian dan tahap permainan yang tidak terbatas? Sekiranya ya, anda perlu main permainan Android ini, Mist Forest. Terokai dunia penuh fantasi Mist Forest dan kagumi kecantikan grafik dan hasil seninya yang halus. Pilih satu daripada ribuan hero yang tersedia dalam permainan ini dan lengkapkan kostumnya mengikut citarasa anda.
Gabung pasukan hero anda yang unik dan manfaatkan kuasanya untuk memenangi pertempuran dengan pihak lawan. Kenali setiap hero dalam koleksi anda dan gabungkan kuasa mereka bagi mencapai strategi tempur anda. Kuasa pasukan hero anda akan dipertingkatkan setiap kali mereka memenangi cabaran.
Gunakan kekuatan dan kemahiran pasukan anda untuk menghentak, menyerang dan menumpaskan pihak lawan dalam permainan RPG yang mengujakan ini. Jangan lupa untuk mengumpul harta karun dan ganjaran berharga. Setiap harta ini mempunyai kuasa magisnya yang tersendiri. Berikannya kepada hero anda untuk membuatkannya lebih kuat dan sukar dikalahkan oleh pihak musuh.
Anda mempunyai 6 peluang untuk bermain setiap hari. Dengan sistem Revive, anda boleh kekal hidup untuk terus bermain di dalam permainan yang tiada had ini! Anda mahu relaks dan melihat aksi sengit pertempuran? Gunakan sahaja mod Idle untuk melihat hero anda bergerak dan berlawan secara automatik. Mod kombat automatik membolehkan anda mendapatkan ganjaran walaupun anda offline!