BitLife – Life Simulator ialah permainan simulasi yang dibangunkan oleh Candywriter. Pemain aplikasi BlueStacks ialah platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda bagi merasa pengalaman Android yang sempurna.
Muat turun BitLife – Life Simulator di PC dengan BlueStacks dan reka sendiri kehidupan peribadi anda di alam maya – bermula dari kelahiran seorang bayi sehingga kematian karakter anda. Ia menawarkan pengalaman permainan yang unik. Ya, memang ada banyak aplikasi simulasi di luar sana, tetapi ia semua mungkin tidak sama dengan permainan BitLife.
Pertama sekali, bentuk satu kehidupan baharu melalui kelahiran seorang bayi. Pilih dan suaikan beberapa elemen kehidupan untuk bayi ini. Antaranya seperti tahap kesihatan, kebahagiaan, kepintaran dan rupa parasnya. Anda bebas membuat pilihan sendiri mengikut keinginan anda untuk bereksperimen!
Kemudian, lalui kehidupan anda di alam maya dengan membuat beberapa pilihan sendiri apabila ia ditawarkan kepada anda. Setiap pilihan yang anda buat akan menentukan peristiwa yang seterusnya. Jadi, gunakan sahaja imaginasi anda dan lalui setiap cabaran dan acara kehidupan yang berlaku dalam hidup anda!
Mari main dan muat turun BitLife – Life Simulator di PC kerana ini peluang anda untuk mereka sebuah kehidupan baharu secara virtual. Lalui kehidupan terbaik seboleh mungkin dan pilih sendiri jalan cerita yang anda mahukan. Semuanya terserah kepada anda. Adakah anda mampu mencipta jalan cerita yang epik dan diingati? Jom cuba mainkannya hari ini juga!
Anda boleh Bermain Permainan Android secara terus di pelayar web di PC atau peranti mudah alih anda tanpa muat turun. Klik dan Main serta-merta!