BlueStacks Android Emulator
Permainan akan datang
  • 台灣
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • ไทย
  • Русский
  • Português
  • 한국어
  • 日本語
  • Italiano
  • Indonesia
  • Français
  • Español
  • English
  • Deutsch
  • العربية
Download
BlueStacks
BlueStacks TV = Twitch + BlueStacks
Sabrina Li, Product Manager at Bluestacks
April 06, 2016
SUMMARY Ringkasan - BlueStacks TV membawakan keseluruhan aspek penyiaran langsung ke dalam produknya. Siarkan permainan mudah alih anda ke Twitch dengan hanya satu klik dan terokai siaran langsung terbaik yang dipilih khusus untuk anda.

Release Version: 2.0.1.5621

image04

Aliran siaran langsung kini sudah menjadi kemestian untuk kita, membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Kami mendapati bahawa ramai di antara anda yang telahpun menyiarkan siaran langsung permainan BlueStacks anda ke Twitch. Penyiaran langsung selalunya sukar dibuat dan rumit untuk dihasilkan, khususnya untuk permainan mudah alih. Kami telah permudahkannya menjadi satu klik, jadi anda boleh siarkannya kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan jutaan penonton Twitch.

Kemudahan penyiaran hanyalah salah satu tambahan terkini kepada ciri sedia ada kami. Ucapkan hallo kepada BlueStacks TV! Selain membuay penyiaran, kami telah berusahasama dengan Twitch untuk memberikan anda penyiaran langsung terbaik yang boleh anda tonton di satu butang BlueStacks (yang baru kami tambahkan).

Jom kita tinjau ciri-ciri yang paling mengagumkan.

Main & Tonton

Kami tambahkan tetingkap BlueStacks TV ke App Player, dan di dalamnya kami sediakan aliran siaran langsung berdasarkan khusus kepada minat anda. Jangan buang masa mencari siaran sebaliknya tontonlah ia segera!

image03

Penyiaran Satu Klik

Kami singkirkan kesulitan menggunakan peralatan serta perisian, untuk memberikan anda pengalaman penyiaran yang paling mudah. Setelah bahan anda disiarkan secara langsung, anda secara mudah boleh menjejaki penonton dan berinteraksi dengan mereka di dalam platform chat Twitch anda. Jangan lupa untuk menggunakan fon kepala!

image02

Buat Pentas Anda Sendiri

Menonton permainan selalunya lebih menyeronokkan dengan rakan-rakan. Kami tambahkan ciri chat Twitch kepada semua aliran siaran langsung agar anda boleh menyertai perbualan. Kongsikan aliran siaran langsung anda sendiri secara pantas ke Facebook dan Twitter. Tambahkan #BlueStacksTV agar kami boleh tampilkan aliran siaran langsung anda ke platform media sosial kami.

image00

Kami tidak sabar untuk melihat bagaimana anda menggunakan BlueStacks TV dan menjadikannya milik anda! Kami akan memantaunya agar kami boleh menambahbaik pengalaman anda secepat mungkin.

 

Recent Articles

Multi Instance Landing Page

View more

Kini Anda Boleh Strim ke Facebook Live

View more

BlueStacks TV = Twitch + BlueStacks

View more
 BlueStacks Android Emulator
  • Permainan Android
    • Aksi
    • Cabaran
    • Arked
    • Teka-teki
    • Perlumbaan
    • Kasual
    • Penyelakuan
    • Sukan
    • Strategi
  • Blog
  • Mengenai
  • Sokongan
    • Kemas kini
  • Hubungi kami
  • Perusahaan
© 2021 BlueStacks name and logo are registered trademarks of Bluestack Systems, Inc. Terms and Privacy | Copyright Dispute Policy | EU Privacy Some links on this page may generate affiliate commission for BlueStacks at no cost to you.