Viber

Dengan Viber, sesiapa sahaja di dunia boleh berhubung. Secara bebas. Viber mempunyai lebih daripada 711 juta pengguna di seluruh dunia menghantar mesej dan membuat panggilan video dan telefon yang berkualiti HD dengan selamat melalui WiFi atau rangkaian mudah alih – secara percuma.* Anda boleh mencipta mesej kumpulan sehingga 200 rakan, kongsi foto, video, pelekat, pautan dan banyak lagi. Tidak perlu untuk mendaftar – nombor telefon anda adalah ID anda dan Viber menyegerakkan senarai rakan mudah alih anda secara automatik. Jika anda ingin membuat panggilan ke nombor mudah alih dan talian tetap bukan Viber, kredit Viber Out menawarkan kadar yang rendah. Anda juga boleh memuat turun Viber Wink untuk menghantar mesej yang akan lenyap setelah dilihat.
● Penyulitan hujung ke hujung untuk semua mesej, panggilan suara dan video
● Hantar mesej kepada rakan-rakan anda (panjang teks boleh sehingga 7,000 aksara)
● Buat panggilan telefon dan video percuma dengan kualiti bunyi HD
● Kongsi foto, mesej video, mesej suara, lokasi, maklumat kenalan, pautan beraneka, pelekat dan emotikon
● Muat turun pelekat statik beranimasi dari Pasaran Pelekat; isih dan pesan semula pelekat anda.
● Cipta mesej kumpulan dengan peserta sehingga 200 peserta; tandakan ‘suka’ pada mesej antara satu sama lain; urus sembang kumpulan anda sebagai Pentadbir, mengedit maklumat dan memadam peserta.
● Ikuti Sembang Awam – ketahui perkembangan personaliti kegemaran anda; ikuti perbualan mereka yang sedang berlangsung dalam masa sebenar, tandakan 'suka' pada ulasan, memajukan mesej Sembang awam dan kongsi kandungan multimedia.
● Main permainan dengan watak Viber, Violet dan Legcat; lihat berapa banyak syiling yang boleh anda peroleh
● Lampir fail – menghantar mesej dengan dokumen, pembentangan, arkib dan kebanyakan fail lain melalui Viber
● Hapus mesej dari semua ahli perbualan, walaupun selepas ia dihantar
● Pemberitahuan tolak menjamin bahawa anda tidak akan terlepas panggilan atau mesej, walaupun apabila Viber dimatikan
● Integrasi dengan senarai kenalan telefon untuk panggilan dan mesej
● Dioptimumkan untuk tablet Android - gunakan Viber pada tablet anda dan telefon serentak
● Sokongan Android Wear - hantar dan terima mesej dari telefon anda
● Sokongan untuk aplikasi Viber Desktop pada Windows dan Mac
Lokalisasi ke bahasa-bahasa: Arab, Catalan, Cina (SP), Cina (TR), Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Malaysia, Norway, Farsi, Poland, Portugis (BR), Portugis (PT), Romania, Rusia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Tagalog, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam
Viber benar-benar percuma dengan tidak ada iklan.
Kami nilaikan privasi anda.

Ikuti kami untuk kemas kini dan berita:
Facebook - http://facebook.com/viber
Twitter - http://twitter.com/viber


(*) Caj data rangkaian mungkin dikenakan

Pembangun
Viber Media S.à r.l.
Kategori
Komunikasi
Kemas Kini Terakhir
29 November 2016
4.3/5 ( 9,562,024 )

Nota Kemas Kini

• BARU: Akaun Awam - Bersembang dengan jenama-jenama dan perniagaan-perniagaan di Akaun Awam. Ikuti mereka untuk berita dan kemas kini; langgan untuk mendapatkan mesej langsung.

• Majukan mesej berbilang pada satu masa dengan mengetik terus pada satu mesej dan kemudian pilih lagi untuk majukan

• Pin sembang kegemaran anda ke bahagian atas skrin sembang dengan lama mengetik terus pada perbualan dan kemudian memilih “Pin ke atas”

Gunakan PC anda dan tiada lagi autocorrect yang tidak diingini!

Sudah berapa kali anda berbalas mesej antara rakan-rakan atau keluarga yang telah di autocorrect sehingga menjadi mesej yang mengarut? Dengan Viber pada PC dan Mac, anda tidak perlu bimbang tentang salah taip kerana keyboard anda membolehkan kandungan mesej ditiap dengan lebih mudah daripada skrin sentuh telefon anda.