Hidupkan impian anda dengan menjadi seorang hero yang hebat di dalam dunia yang penuh dengan perang dan kucar-kacir. Cipta nama sendiri di dalam sejarah dengan menggunakan pedang. Buatkan mereka mengingati nama anda sebagai lejen mempertahankan diri, yang tidak gentar berhadapan dengan kesusahan dan tidak dapat dikalahkan oleh kuasa hebat. Pilih satu daripada 4 kelas yang unik, setiap satunya mempunyai cara permainan yang tersendiri. Tumpaskan serangan dengan kekuatan fizikal, tumpaskan mereka dengan magik yang berkuasa, manipulasi mereka menjadi patung dengan kemahiran kawalan yang istimewa dan sembuhkan rakan anda dengan kemahiran menyembuh anda. Ajak rakan anda menyertai pengembaraan anda. Tubuhkan kumpulan dan lalui pengembaraan epik bersama-sama. Bos yang berkuasa sedang berkeliaran di bumi ini. Musuh di sini lebih hebat berbanding musuh yang pernah anda kalahkan sebelum ini. Jadi, jika anda boleh menumpaskan mereka, anda memang hebat. Tunjukkan pada dunia kehebatan anda dengan memburu sendiri bos mereka dan jadi lebih berkuasa dengannya. Bolehkah anda buktikan pada dunia yang anda adalah pemburu terbaik?