• Tukar Profil Peranti

    Bersedia untuk Mana-mana Mainan, Apa sahaja Peranti Android.

    Sesetengah permainan Android hanya boleh digunakan pada sesetengah telefon. Jika telefon bimbit anda sekarang tidak serasi dengan permainan android yang anda mahu mainkan, anda tidak akan dapat memuat turunnya dari Google Play store. Juga, banyak permainan direka untuk berfungsi lebih lancar pada peranti tertentu sahaja – sebagai keperluan teknikal. Dengan BlueStacks, anda boleh mengalami keseronokan bermain mainan ‘peranti terpilih sahaja’ atau mainan yang berfungsi lebih baik pada sesebuah peranti, secara manual atau automatik menukar profil peranti yang anda sedang gunakan pada platform kami.

    • Menukar profil peranti anda adalah mudah.

      • Buka seting (klik pada ikon pada bahagian bawah kiri pada bar sisi atau CTRL+Shift+I)

      • Pergi ke ‘Advanced’

      • Tukar Profil Peranti

  • Pembersihan Cakera

    Simpanan Maksimum. Prestasi Maksimum.

    Apabila anda menyahpasang mainan atau mengeluarkan apps daripada BlueStacks pada PC anda, ruang cakera mungkin masih belum dapat digunakan semula oleh Windows. Penggunaan ruang cakera yang tinggi atau mempunyai cakera keras yang penuh boleh menyebabkan prestasi perlahan PC anda. Dengan menggunakan ciri ‘Disk Cleanup Utility’, ianya senang untuk membebaskan ruang cakera yang digunakan sebelum ini oleh BlueStacks. Ini membantu anda memaksimumkan ruang storan PC anda dan meningkatkan prestasinya.

    Ada tiga cara untuk menggunakan Disk Cleanup Utility.

    • Cara 1: Daripada Seting BlueStacks

      • Buka seting (klik pada ikon pada bahagian bawah kiri pada bar sisi atau CTRL+Shift+I)

      • Pergi ke ‘User Data’

      • Klik pada ‘Free up Space’ dan ‘Continue’

      • Tunggu selama beberapa minit, BlueStacks akan dilancarkan secara automatik

    • Cara 2: Bersihkan setiap pelancaran BlueStacks yang dihentikan

      • Buka Multi-Instance Manager

      • Klik pada ikon pembersihan cakera (paling kanan) untuk pelancaran yang dihentikan

      • Klik pada ‘Continue’ pada popup Disk Clean

      • Tunggu selama beberapa minit, BlueStacks akan dilancarkan secara automatik

    • Cara 3: Gunakan Windows Run Prompt

      • Tekan 'Windows + R' pada PC anda

      • Taipkan 'C:/Program Files/BlueStacks/DiskCompactiontool.exe' dalam kotak carian

      • Klik pada ‘Continue’ untuk membersihkan cakera

      • Setelah selesai, klik pada ‘Launch’ untuk melancarkan BlueStacks

  • Merekod Video

    Tunjukkan Saat Kegemilangan Bermain Mainan Anda

    Anda hampir menang dengan berjayanya dalam mainan kegemaran anda? Anda tidak boleh lupakan permainan yang luar biasa apabila anda memerintah komander dalam misi untuk menakluk musuh anda? Saat mainan terbaik anda berhak mendapat tepukan tangan dan para penonton. Tangkap saat kegemaran dalam mainan anda semasa bermain BlueStacks siarkannya ke YouTube dan kongsi dengan rakan-rakan anda.

    • Sedikit Lagi Langkah-langkah dan Anda Akan Selesai

      • Untuk bermula, Tekan CTRL+Shift+R atau klik pada ikon video di sebelah kiri bar alat. Jika anda merekodkan video buat kali pertama, anda akan disuruh untuk memuat turun pelancar video.

      • Untuk berhenti, Tekan CTRL+Shift+R atau klik pada ikon video sekali lagi. Anda juga boleh menghentikan video dengan mengklik pada tab video di bahagian atas, bersebelahan dengan pusat pemberitahuan

      • Klik untuk menonton video pada mesej ‘Recording Saved’

      • Video yang dirakam secara lalai akan disimpan pada desktop anda.

  • Tangkapan skrin

    Satu Tangkapan Skrin Menangkap Jutaan Perkataan

    Pada saat memenangi, skin terbaru untuk senjata anda, dan sebagainya. Masa yang tidak dijangka dalam mainan hanya menambah pengalaman keseronokan bermain secara keseluruhannya. Dan bila datang masa yang lucu atau hebat, ianya berbaloi mengambil tangkapan skrin dan berkongsi dengan rakan-rakan anda. Dengan utiliti tangkapan skrin dalamam BlueStacks, ianya lebih senang untuk dibuat. Apa yang perlu anda lakukan ialah menekan CTRL+Shift+S atau klik pada ikon kamera di sebelah kiri bar alat.

    • Tangkapkan gambar skrin. Begini caranya.

      • Tekan CTRL+Shift+S atau klik pada ikon kamera di sebelah kiri bar alat

      • Tangkapan skrin secara lalai disimpan pada desktop

Click to Install