Dino Squad bukannya permainan Anroid bergenre aksi yang biasa-biasa. Permainan ini membolehkan anda menghidupkan fantasi diri dengan hidup di zaman kuno dinasour dan memilih karakter dinasour kegemaran anda. Pilih satu daripada pelbagai spesis dinasour yang ada dan terokai dunia serba menarik ini. Anda sukakan kepantasan dan kebijaksanaan velociraptor? Pilihnya untuk bergerak di dalam dunia Dino secara pantas. Atau, anda sukakan kegagahan dan kegarangan T-Rex? Takutkan musuh anda dengan memilih dinasour karnivor ini. Selain berasa seronok dapat memilih watak dinasour anda yang tersendiri, anda juga boleh berlawan dengan para pemain lain dari seluruh dunia. Jadi penembak sejati di dalam mod permainan PvP dan serang musuh anda dengan strategi yang bijak. Pilih senjata yang anda mahukan dan bina pasukan yang utuh bersama pemain lain. Anda pasti berasa teruja ketika anda main Dino Squad di PC dengan BlueStacks. Buat apa bersusah-payah bermain di skrin kecil di telefon pintar anda? Gunakan skrin monitor besar di laptop atau komputer anda. Anda pasti kagum dengan kecantikan grafik dan dapat menikmati permainan yang lebih lancar dan mudah dengan menggunakan BlueStacks.