Meka Hunters .io merupakan satu permainan yang telah memenangi pelbagai penarafan, hasil ciptaan pembangun aplikasi hebat, Illogical. Anda perlu mencuba bermain permainan aksi bertempur di antara robot ini. Ia mengujakan tetapi tidak terlalu mencabar sehinggakan membuatkan anda berasa tertekan. Di dalam permainan aksi ini, anda boleh membina dan menyesuaikan robot pilihan anda. Pilih rupa, senjata dan kemahirannya yang tersendiri. Ini merupakan permainan PvP ramai pemain dan melibatkan penembak pihak ketiga. Jadi, anda akan dapat bertempur dengan pemain hebat lain dari seluruh dunia. Kalau anda nak tahu, cara permainan ini sedikit berbeza daripada permainan ala Battle Royale. Anda tidak perlu berusaha untuk menjadi orang terakhir yang hidup, tetapi anda boleh bermain selama mungkin selagi mana anda mendapat markah yang tertinggi. Jangan risau kalau anda terlalu berdebar ketika berlawan dengan robot lain. Permainan ini menekankan aspek bebas-tekanan. Apabila anda main Meka Hunters .io di PC dengan BlueStacks, anda tak perlu risau tentang jatuh tahap permainan atau jatuh ranking. Anda hanya perlu mengekalkan markah yang tinggi ketika sedang berperang dengan robot lain, dan anda boleh terus bermain selama yang mungkin. Senang, bukan? Kawalannya juga amat mudah. Anda pasti akan berasa seronok bertempur dengan robot lain dan memainkannya di skrin besar laptop atau PC anda.