Aura Kingdom 2 merupakan satu permainan MMORPG yang menghidupkan sebuah genre lakon peranan yang klasik. Permainan ini menampilkan dunia fantasi Ramayan yang sangat luas. Anda pasti tidak akan pernah bosan menerokai dunia ini.
Apabila anda main Aura Kingdom 2 di PC dengan BlueStacks, anda dapat mengembara di dunia yang dipenuhi dengan lembah, hutan, dunia bawah tanah dan tasik yang serba indah. Dan, di setiap habitat ini, ia mengandungi makluk yang tersendiri. Di sini, anda boleh menyahkunci raksasa yang ada untuk dijadikan teman anda.
Selain itu, anda boleh memilih pelbagai karakter utama yang menarik. Setiap satunya boleh disuaikan mengikut suka hati anda. Apabila anda bertempur dengan musuh atau pemain lain dari seluruh dunia, anda boleh menggunakan kemahiran karakter ini.
Contohnya, watak Shinobi sangat handal bermain pedang dan bijak mencipta racun yang dapat mengalahkan lawan. Yang menarik di dalam permainan Aura Kingdom 2 ini, anda boleh mencuba beberapa sistem kombat di dalam 4 kelas yang berbeza.
Selain itu, anda juga boleh mencuba bakat memanah, menembak dan bermain pedang. Ketika bermain, jangan lupa untuk mengutip kad. Ada lebih 40 Eidolon untuk anda kumpul. Anda boleh menggunakan kuasa Eidolon ini sebagai pembantu anda ketika sedang bertempur dengan lawan.