Immortal Destiny menjadi lagi satu buah tangan daripada syarikat pembangun aplikasi permainan Android yang terkenal iaitu Neocraft. Permainan ini bergenrekan lakon peranan. Anda boleh memilih satu daripada ribuan karakter fantasi yang ada dan menyesuaikannya mengikut citarasa sendiri. Permainan aplikasi Android ini memberikan peluang kepada anda merasai kehidupan abadi di dunia fantasi penuh epik. Selepas menyiapkan karakter anda dengan pakaian cantik berserta padanan lain seperti kenderaan, binatang tunggangan mahupun sayap, anda boleh mula mereka tempat tinggal sendiri. Bina rumah anda di dunia abadi apabila anda main Immortal Destiny di PC dengan BlueStacks. Ada lebih 100 komponen hiasan yang boleh anda gunakan untuk menceriakan tempat tinggal anda. Selain itu, semai minat berkebun dengan menanam pepohon herba dan gunakannya untuk membuat posyen atau ubat-ubatan mistik. Bagi anda yang gemarkan aksi berlawan atau kombat, anda juga perlu menyiapkan peralatan senjata anda untuk mengalahkan bos jahat. Tingkatkan peralatan anda sambil anda menaiki setiap tahap tingkatan permainan. Anda perlukan sedikit duit untuk terus kekal bertahan di dunia abadi ini? Jual peralatan anda bagi mendapatkan wang tunai! Yang menariknya di dalam permainan Immortal Destiny ini, anda juga turut boleh berlawan secara bersekutu. Kombat antara pasukan ini boleh dimainkan lebih daripada 100 orang pemain dari seluruh dunia sekaligus. Tawan kubu musuh dan rampas harta mereka. Ia sememangnya satu permainan simulasi yang cukup menarik dan pasti tidak akan membosankan anda.