Days After ialah permainan simulasi yang mengisahkan seorang karakter, iatu anda, yang cuba untuk terus kekal bertahan di dalam dunia apokalips. Di dalam permainan aplikasi Android ini, anda perlu membina hidup dan mencari sumber serta tempat perlindungan. Zombi telah menyerang ramai manusia dan hanya tinggal sedikit sahaja yang hidup. Lalui mod penceritaan untuk memahami kisah di dalam permainan ini. Anda juga perlu mengumpul sumber untuk membuat senjata dan peralatan sendiri. Apabila anda main Days After di PC dengan BlueStacks, anda perlu mencari bahan makanan anda sendiri. Gunakan senjata yang anda cipta untuk berlawan bukan sahaja dengan zombi, malah dengan haiwan liar juga. Dunia di dalam permainan Days After sememangnya mencabar, anda takkan pernah dapat duduk senang! Malah, anda juga perlu melawan penyakit dan serangan virus yang penuh misteri. Semakin anda menghampiri bandar yang telah musnah, semakin banyak zombi dan serangan penyakit yang akan menyerang anda. Sememangnya permainan ini menjadi simulasi kepada dunia sebenar sekiranya ia diserang oleh zombi atau pandemik virus misteri!