Empire: Rising Civilization mungkin boleh menjadi antara permainan aplikasi Android kegemaran anda yang terbaru. Permainan ini merupakan satu simulasi kerajaan dan tanah jajahannya di zaman Abad Pertengahan.
Ia menampilkan jalan cerita yang unik dengan gaya Medivel kuno. Anda pasti berasa seronok dapat main Empire: Rising Civilization di PC dengan BlueStacks. Di dalam permainan ini, anda boleh membina bandar sendiri, melatih pasukan askar supaya ia menjadi lebih hebat dan berkuasa serta mengumpul sumber makanan dan bahan mentah demi kelangsungan hidup di tanah jajahan anda.
Kemudian, hantar askar anda yang terlatih untuk pergi mencari tanah jajahan baru dengan berperang dengan pihak musuh. Rampas harta perang dan jadikan ia sebagai sumber berharga milik kerajaan anda. Yang menariknya tentang perlawanan ini ialah ia menampilkan teknologi di mana jalan cerita perang boleh berubah mengikut tindakan yang anda ambil.
Jadi, anda takkan pernah tahu apakah yang akan terjadi seterusnya di dalam peperangan yang anda lalui. Bina strategi dan tingkatkan kemahiran askar supaya anda boleh terus bertahan dan melebarkan kuasa jajahan kerajaan anda.
Selain itu, sekiranya anda diserang pihak musuh dan hampir menemui kegagalan, dapatkan bantuan dari sekutu Bloc anda. Anda tak mungkin dapat menjajah dunia berseorangan, anda pasti akan memerlukan bantuan pihak sekutu anda! Jom main permainan Empire: Rising Civilization ini dan nikmati pengembaraan Medivel di peta dunia sebenar tetapi dengan gaya Abad Pertengahan yang unik dan serba luas!