Warpath menjadi satu lagi hasil buah tangan pembangun permainan aplikasi terkenal, Lilith Games. Sekiranya anda peminat permainan berasaskan perang, askar dan strategi, maka anda perlu main Warpath di PC atau Mac dengan BlueStacks. Di dalam permainan ini, anda akan bersemuka dengan skuad jahat, tentera Raven, yang mencetuskan kucar-kacir di dunia ini. Bagi memenangi pertempuran, anda boleh menyiapkan pasukan anda yang terhebat dengan membina sekutu perang. Selain itu, anda boleh memilih lebih daripada 100 unit peralatan dan perisai perang yang kelihatan sangat realistik. Anda pasti berasa teruja dapat mencuba pelbagai peralatan yang diinspirasikan daripada perang dunia ke-2. Yang menariknya, persekitaran perang di dalam permainan ini juga nampak sangat realistik seperti di dunia sebenar. Semasa bermain, rangka plot dan strategi untuk merancang langkah anda yang seterusnya ketika berperang. Pilih kereta kebal, meriam dan jentera perang yang bersesuaian dengan strategi anda. Dengan peta yang serba luas, anda pasti takkan berasa bosan memainkan permainan perang ini. Jom selamatkan dunia di dalam permainan aplikasi ini dengan mempergunakan kekuatan tentera dari kurun ke-20 dan satukan sekutu anda dan bawanya ke puncak kejayaan. Permainan Warpath tidak seperti permainan perang yang lain, anda perlu mencubanya sendiri dengan memainkannya di PC atau Mac anda!