Om Nom: Run amat sesuai untuk dimainkan oleh anda yang gemarkan permainan bergenre aksi dan perlumbaan. Di dalam permainan ini, anda perlu mengelak halangan dan bahaya yang ada di hadapan anda di jalanan bandar Nomville. Percepatkan pergerakan anda dengan mendapatkan peningkatan kuasa, atau power-ups. Ia akan membantu anda memusnahkan sebarang gangguan atau halangan di depan anda. Anda takkan pernah bosan main Om Nom: Run di PC dengan BlueStacks. Ada banyak misi untuk anda cuba dan lengkapkan. Anda boleh melakukan banyak aksi stunt, mengumpul huruf dan melengkapkan perjalanan mengikut jarak tertentu. Apabila anda menggunakan power-ups, atau peningkatan kuasa, anda akan mendapat mata siling berganda, roket, kasut but melompat dan magnet yang akan mempercepatkan larian anda. Ianya sangat mengujakan! Permainan ini dibangunkan oleh ZeptoLab untuk platform Android dan sesuai dimainkan di platform percuma BlueStacks. Ketika anda bermain dan meningkatkan tahap permainan, anda juga boleh menyahkunci pelbagai karakter hebat lain. Om Nom dan Om Nelle sememangnya hero utama di dalam permainan ini tapi ada banyak lagi karakter berkuasa lain untuk anda cuba. Jom lari di jalanan yang sibuk, melompat di atap bangunan dan berlari di terowong bawah tanah!