Super Tank Blitz ialah satu permainan aksi di Android yang membolehkan anda bermain-main dengan kereta kebal! Ia sangat menyeronokkan kerana ada banyak pilihan kereta kebal untuk anda pilih. Malah, setiap satunya mempunyai komander yang akan mengetuai operasi kereta kebal tersebut. Anda boleh menggunakan kemahirannya yang unik untuk menumpaskan pihak lawan. Ketika anda main Super Tank Blitz di PC dengan BlueStacks, anda boleh memilih sama ada mod permainan 1 lawan 1 atau permainan Maut 2v2. Jika anda menang, anda akan memperolehi lebih banyak kunci ganjaran dan peluang untuk menaik tarat kereta kebal anda. Pilih senjata-senjata hebat dan perisai berkuasa untuk melengkapkan kereta kebal anda. Buat pasukan bersama pemain-pemain lain dari seluruh dunia dan bergembiralah bermain bersama satu sama lain. Ada banyak mod permainan untuk anda pilih. Antaranya Dunia Volkano, Dunia Bawah Tanah dan Dunia Gurun. Manfaatkan kreativiti anda dan gunakan peralatan dan alat ganti yang unik untuk menyiapkan reka bentuk kereta kebal anda. Ia sememangnya satu permainan yang tidak membosankan kerana anda boleh mencantikkan kereta kebal anda, meningkatkan kuasanya dan berlawan dengan pihak musuh dalam pelbagai mod permainan yang mencabar. Jom main Super Tank Blitz hari ini!