食物语新马版 sememangnya satu permainan aplikasi Android yang cukup unik. Ia menampilkan dunia Kongsang yang dahulunya merupakan satu perkampungan pari-pari. Kini, ianya terserah kepada anda untuk menghidupkan semula dunia yang dahulunya penuh berwarna-warni. Pilih salah satu daripada karakter yang diinspirasikan daripada menu makanan Cina yang klasik seperti Bak Kut Teh, itik Panggang Beijing dan nasi claypot. Apabila anda main 食物语新马版 di PC dengan BlueStacks, anda dapat meneruskan misi tertangguh dalam mencari ruh yang berkeliaran. Setiap karakter yang anda pilih mempunyai kekuatan dan sifat peribadinya yang tersendiri. Di dalam permainan aplikasi ini, anda akan dapat menikmati jalan ceritanya yang menarik dan menikmati pemandangan grafik yang cukup jelas dan memukau. Anda boleh menguruskan ladang dan bercucuk tanam bagi dijadikan bahan mentah masakan hidangan Cina anda yang klasik itu. Selain itu, anda boleh memilih ramuan sendiri dan menunjukkan bakat terpendam anda – iaitu memasak! Ada lebih 8 hidangan Cina utama yang boleh anda pilih dan memasak beratus hidangan sampingan lain. Ia akan menjadi misi utama anda untuk membangunakan restoran Kongsang berstatus nombor satu di dunia!