Save The Planet 5040 adalah permainan kasual yang anda tak mahu terlepas dari mainkan! Ia satu permainan aplikasi Android yang sangat mudah dan intuitif untuk dimainkan oleh sesiapa sahaja. Di dalam permainan ini, anda perlu memilih salah satu daripada 7 kuasa yang ada dan susunnya mengikut turutan seperti yang anda mahukan. Setiap pilihan kuasa akan membawa anda ke plot permainan yang berbeza. Jadinya, setiap permainan anda akan melalui plot permainan yang berbeza bergantung kepada pemilihan kuasanya. Menarik, bukan? Dengan susunan pemilihan kuasa yang betul, anda mampu untuk mengalahkan ahli sihir yang membuat kekacauan di planet ini. Ada peta digital serba luas untuk anda terokai ketika anda main Save The Planet 5040 di PC dengan BlueStacks. Terdapat juga laluan tersembunyi yang akan membawa anda ke satu kawasan menarik yang lain. Semuanya bergantung kepada pemilihan anda. Selain itu, ada lebih 84 penemuan baru bagi karakter-karakter di dalam permainan ini. Dengan visual berwarna-warni dan karakter yang comel, anda pasti akan berasa seronok dapat memainkan permainan ini. Nombor 5040 di dalam judul permainan ini pula mewakili 5040 corak pemilihan kuasa dan hanya satu corak sahaja yang dapat menyelamatkan planet ini. Ia memang sungguh menyeronokkan!