Asphalt Nitro 2 adalah permainan lumba yang dibangunkan oleh Gameloft. Pemain aplikasi BlueStacks adalah platform terbaik untuk memainkan aplikasi permainan Android ini di PC atau Mac anda untuk merasai pengalaman Android yang lebih sempurna.
Muat turun Asphalt Nitro 2 di PC dengan BlueStacks dan masuk ke tempat duduk pemandu kereta lumba anda dalam siri permainan lumba kereta yang menarik ini. Siri popular Asphalt Nitro sememangnya cukup terkenal dan tidak asing lagi di kalangan permainan lumba kereta. Alami perlumbaan jalanan yang sengit yang akan membuatkan jantung anda berdegup kencang dan adrenalin anda mengalir pantas!
Nikmati visual grafik yang lebih memukau, pilihan 20 kereta sports mewah dan berlesen, 4 mod permainan yang unik serta lebih 230 perlumbaan hebat di lokasi yang eksotik dan indah. Asphalt Nitro 2 sememangnya adalah satu pakej perlumbaan kereta yang cukup lengkap untuk platform Android anda.
Rasai kualiti pemanduan bagi beberapa kereta terpantas di dunia seperti Lamborghini, Bugatti, Ferrari dan banyak lagi jenama supercar hebat lain! Dan dengan teknologi TouchDrive yang terkini, yang diperkenalkan dalam permainan Android ini, pemanduan akan terasa lebih semula jadi dan lebih kemas berbanding sebelum ini.
Semua ciri luar biasa ini disatukan untuk menyajikan pengalaman perlumbaan yang unik dan mengasyikkan. Nikmati perlumbaan klasik yang akan menguji refleks anda, mencabar diri anda untuk memandu lebih pantas dan lebih bijak dalam mod Saingan Masa. Bandingkan kemahiran pemanduan anda dengan pemain lain dan elakkan menjadi pemandu paling perlahan di trek dalam mod Penyingkiran.






