Astral Soul Awaken akan memberikan satu pengalaman permainan lakon peranan yang sangat unik dan mengujakan kepada anda. Permainan aplikasi Android ini membolehkan anda menerokai dunia mistik yang serba luas berserta dengan visual 3D HD yang sangat jelas dan menarik. Main Astral Soul Awaken di PC dengan BlueStacks dan bentuk pasukan anda dengan merekrut pemain lain. Di dalam permainan ini, anda boleh menaiki pelbagai kenderaan mistik dan furutistik yang menarik dan meneroka dunia ini. Apabila anda berlawan dengan musuh Bos, anda memperoleh peluang untuk mendapat peralatan dan senjata hebat. Ada juga item mistik lain untuk anda perolehi bagi membantu anda terus menang dan menaiki tahap permainan. Untuk menjadikan permainan lebih menarik, anda boleh mencuba pelbagai permainan mini yang ada seperti Truth or Dare, Sweet Marriage dan banyak lagi! Selain itu, masuk pertandingan atau sertai pertempuran Sumeru bersama pemain lain untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran yang menarik.