Tak seperti permainan MMORPG lain yang secara umumnya selalu memerlukan anda menghabiskan masa yang lama untuk mencapai level maksimum, di dalam permainan King of Kings – SEA ini, anda hanya perlukan 7 hari saja untuk mencapai tahap tertinggi. Permainan ini lebih memfokuskan kepada PvP dan menyokong sehingga 40 vs. 40! Pilih di antara 27 pilihan kelas karakter, cari yang paling sesuai dengan gaya bermain anda kerana anda boleh menukar karakter bila saja anda mahu! Tunggang pelbagai haiwan mistik ketika menjelajahi dan mengagumi dunia King of Kings – SEA yang luas, indah, serta bergrafik tinggi. Nikmati kebebasan mengembara tanpa dibatasi oleh masa menunggu ketika menukar peta. Menjadi seorang raja di satu server memang tak cukup. Bertarung sehingga ke titisan darah terakhir dengan pemain-pemain dari server lain dalam pertempuran PvP, gempuran, dan perang antara suku kaum untuk membuktikan kekuatan dan keunggulan anda. Main King of Kings – SEA di PC dengan BlueStacks dan jadi raja antara segala raja!