Bowling Crew memang sesuai dimainkan oleh anda sekiranya anda peminat tegar permainan boling. Kali ini, anda tidak perlu mengangkat bola boling berat itu sendiri, gunakan saja jejari anda, atau tetikus sekiranya anda bermain dengan BlueStack, untuk membaling bola di lapangan boling dan mendapatkan spare atau strike anda! Anda tak perlu bermain seorang diri di dalam permainan boling 3D ini. Dalam Bowling Crew, anda boleh bersaing dengan para pemain hebat lain dari seluruh dunia di dalam mod permainan ramai pemain PvP. Ada banyak pertandingan boling virtual di dalam permainan ini. Ianya mudah untuk dipelajari tetapi tidak mudah untuk dikuasai. Itu yang membuat permainan ini seronok dan tidak membosankan. Setiap minggu, akan ada pertandingan untuk anda menangi bagi mendapatkan ganjaran bola boling yang dinaik taraf. Semakin hebat bola bowling anda, semakin kuat taktikal permainan anda! Yang menariknya, terdapat banyak tema bagi lorong boling di dalam permainan ini. Antara tema yang ada untuk anda cuba ialah tema lorong boling klasik, lorong batu ala padang pasir, lorong di lembah gunung dan lorong di atas ais di pergunungan bersalji. Ianya berwarna-warni dan datang dengan cabarannya yang tersendiri. Jadi, jom main Bowling Crew di PC atau Mac dengan BlueStacks hari ini!