Eternal Sword M ialah permainan aplikasi Android MMRPG yang penuh dengan jalan cerita menarik serta aksi kombat yang mencabar. Dalam permainan ini, anda perlu menyelamatkan dunia dari kemusnahan. Anda boleh menerokai dunia bawah tanah yang serba luas dan sambil itu, membina kemahiran dan bakat diri. Main Eternal Sword M di PC dengan BlueStacks dan cipta rupa serta karakter hero anda. Anda boleh menukar rupa fizikalnya, pakaian, senjata, sayap dan pelbagai lagi. Ini akan membuatkan hero anda menyerlah dan unik berbanding hero lain. Anda tak perlu bermain seorang diri. Bermain dengan rakan anda sambil menerokai dunia fantasi ini. Tumpaskan sekutu lain dalam perang GVG dan gunakan strategi diplomatik anda ketika bertempur dengan pihak lawan. Gunakan pedang abadi dan selamatkan dunia daripada kehancuran. Apabila anda main permainan ini di skrin PC, anda pasti kagum dengan ketajaman serta kecantikan visual grafiknya. Ia akan membuatkan anda berasa seolah-olah sedang bermain permainan video konsol. Apabila anda sudah menaiki tahap permainan, akan ada lebih banyak ciri tersuai untuk anda pilih. Anda boleh memilih lebih banyak kenderaan peribadi, jenis dan warna rambut berwarna-warni serta sayap hebat. Mari main Eternal Sword M di PC dengan BlueStacks dan penuhi masa lapang anda dengan menikmati permainan yang direka khas oleh Neocraft Limited anda. Jangan lupa ajak kawan anda untuk bermain bersama dan membina sekutu elit yang hebat dan tidak dapat ditumpaskan.