Romancing SaGa Re;univerSe sesuai untuk para pemain tegar yang ingin gaya permainan yang mencabar dan turut memberikan pilihan permainan auto-play yang serba kasual. Aplikasi permainan yang dibangunkan oleh Square Enix ini menyediakan grafik visual dan hasil seni watak serta pemandangan latar yang cukup tajam, jelas dan berwarna-warni di dalam dunia Kebangkitan Morastrum. Selain daripada grafik yang cantik, ia turut memberikan perhatian kepada muzik latar yang cukup mendalam. Lagu latarnya adalah hasil buah tangan dari komposer terkenal dunia, Kenji Ito. Melodi dan irama yang epik akan membuatkan anda berasa teruja ketika main Romancing SaGa Re;univerSe di PC dengan BlueStacks. Pilih karakter kegemaran anda, suaikan gayanya dan bentuk pasukan hero anda yang tersendiri. Anda boleh menggunakan kemahiran strategi anda untuk mengalahkan pihak lawan. Selain itu, permainan aplikasi Android ini juga menyediakan sistem kombat yang memberikan ganjaran kepada usaha, dan bukannya berdasarkan pembelian mata koin sahaja! Maksudnya, lagi banyak anda main, lagi tinggi ganjaran yang anda dapat kumpul. Menarik, kan?