Diablo Immortal menandakan satu ketibaan francis Diablo, siri yang amat diminati, ke platform Android dan iOS untuk kali pertamanya. Ia dibangunkan oleh Blizzard Entertainment Inc dan NetEase Games di dalam satu kolaborasi bersejarah yang diketuai oleh pereka permainan Wyatt Cheng.
Dengan berlatar belakangkan era masa di antara Diablo II: Lord of Destruction dan Diablo III, bersiap-sedialah untuk memasuki ke satu bab baru dalam sejarah Diablo yang tidak pernah diterokai sebelum ini. Diablo telah dikalahkan oleh pasukan tentera musuh yang mahu menawan Sanctuary.
Diketuai oleh Skarn, Si Ketua Keganasan, kuasa hitam dalam dunia bawah tanah telah memulakan penjajahan mereka, tetapi mereka harus membangkitkan Ketua Kejahatan terlebih dahulu.
Rasai pengalaman pengembaran di lanskap yang biasa dilihat dan persekitaran baru untuk menghalang Skarn daripada mengumpulkan batu Worldstone dan membawa kembali Diablo – dengan diiringi muzik latar mengujakan yang disusun oleh Matt Uelman.
Diablo Immortal memperkenalkan elemen MMORPG moden dan mekanik sosial yang baru ke dalam formula RPG asal Diablo. Temui hero yang lain dan buat rakan baru di Westmarch, pusat bandar yang sibuk di mana hero Sanctuary akan datang berehat.
Di sini jugalah mereka akan membuat peralatan berkuasa yang baru dan membuat kumpulan sekutu. Temui acara dinamik di dalam pengembaraan anda dan terokai bilik bawah tanah yang dipenuhi dengan harta karun tersembunyi yang sentiasa ada dan bersedia untuk ditemui oleh si pengembara yang berani seperti anda!